Thursday, October 27, 2011

Kawal PC Orang Lain Dengan TeamViewer


TeamViewerPost kali ni berkaitan dengan sambungan dua pc dengan Team viewer,sekiranya komputer korang rosak ke atau lembab ke nak tgk dari jauh  takde masalah sebenarnya, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. software nie hack komputer org tu la kiranya..korang boleh akses dan kawal PC orang lain secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini mesti dipasang pada kedua-dua buah komputer. Kiddo akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Ali, dan PC korang akan digunakan untuk mengawalnya:

  1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
  2. Ali akan diberi nombor lapan digit berserta password.
    TeamViewer
  3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC korang dan klik pada butang “Connect to partner” 
    TeamViewer
  4. Kini korang dah boleh lihat dan kawal PC Ali. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.
Antara keistimewaan lain pada software ini adalah korang boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Kalau tak install software ni pun takpe, ia boleh terus digunakan.

Ingat, pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer orang lain okey..
Dapatkan TeamViewer di sini.

place of visitor online:-