Friday, October 28, 2011

Phising

 Fishing @ Phishing lebih kurang je maksud die..beza nye cuma umpan je lain2..hehehe...Kiddo cume nak bgtau ape itu Fishing je kalo boley.sebab Kiddo suke Fishing...haha..ok2..sudah...

Phishing ialah laman web palsu yang menyerupai laman web asal dibangunkan bertujuan untuk mencuri katalaluan atau nombor akaun mangsa. Phishing biasanya diumpan melalui emel dan kebanyakan mangsa phishing terdiri daripada pengguna-pengguna online banking.

Kalu korang ade menerima emel yang meminta supaya menukar katalaluan akaun bank korang, berhati-hati kerana ia mungkin satu perangkap.

 Berikut salah satu contoh emel phishing:

Dear Valued Customer,

 Due to maintenance during the Sunday 12 November 2006, The Maybank Technical Department is performing a scheduled software upgrade to improve the quality of the online banking services. By clicking on the link below you will begin the procedure of the customer details confirmation.

 https://www.maybank2u.com.my/mbb/scripts/mbb_update.jsp?do=Update

 Once you have updated your account records, your Maybank account service will not be interrupted and will continue as normal.

 Sebaik sahaja korang klik pautan diatas,korang akan dibawa ke laman web palsu yang sama rekabentuknya seperti laman web rasmi:




Mengesan phishing
 Untuk mengenalpasti samada laman web tersebut palsu atau tidak, korang boleh ikut beberapa panduan berikut:

 1) Pastikan alamat URL bank online korang betul.
 2) Pastikan alamat URL bermula dengan "https". "s" menunjukkan laman web tersebut mengandungi sijil digital. 3) Pastikan juga logo SSL ditayangkan di bahagian bawah pelayar web.










Bagaimana untuk mengelakkan diri dari phishing?


 1) Jangan klik mana-mana pautan dalam emel yang mendakwa ia datang dari bank.
 2) Jika korang ingin melawat laman web bank korang, gunakan bookmark yang disimpan atau taip secara manual pada alamat URL. Jika anda terlupa alamat web, periksa brosure bank.
 3) Jika korang telah secara tidak sengaja menghantar kata laluan ke laman web palsu, sila hubungi pihak bank dengan segera, buat permohonan supaya kata laluan korang diresetkan semula.
 4) Gunakan pelayar web terkini seperti Internet Explorer 7 atau Firefox. IE7 dan Firefox didatangkan sekali dengan penapis phishing dan sebagainya..ok??




 
Firefox dengan teknologi Web Forgery

 
Internet Explorer 7 dengan penapis phishing

SEkian dulu untuk mase ni...

place of visitor online:-