Thursday, January 26, 2012

3 Enjin Carian yang patut korang Cuba...

Bila sebut enjin carian, mesti semua orang teringat mengenai raja kepada segala search engine iaitu Google, serta pesaing google seperti YahooBingAsk dan sebagainya.  Google memang sangat hebat, laju, lengkap dan komprehensif tetapi google bukanlah pakar dalam segala bidang.

Kali ini Kiddo ingin share mengenai 3 lagi search engine yang sangat cool, yang patut korang cuba. 

1. Taqwa.me – enjin carian Islam

Taqwa.me ialah enjin carian baru dengan tagline “the conscious search engine yang sangat cool, yang patut anda cuba. Jangan la taksub dengan google sahaja, sekurang-kurangnya bagi sedikit peluang kepada search engine lain untuk mencuri sedikit market share.
Antaramuka taqwa sangat ringkas, hanya menampakkan kotak carian dan background wallpaper, ala Bing. Selain itu, taqwa juga mempunyai fungsi untuk flag hasil carian yang korang jumpa. Katakan link website yang serp (search engine result page) itu mengandungi unsur 18+, anda boleh flag pada butang Haram. Dan jika link website itu betul2 bersih, anda boleh click pada butang Halal.
Tujuan fungsi ini ialah membantu menapis link2 yang tidak bersih daripada hasil carian enjin taqwa, sekaligus membantu pengguna dalam menjauhkan diri daripada melakukan maksiat mata.
Link: Taqwa.me

2. Wolfram Alpha

Wolfram Alpha ialah search engine yang berfungsi untuk memaparkan data mengikut query yang masukkan, dan ianya jauh lebih versatil berbanding Google jika digunakan untuk tujuan research dan akademik.
Sebagai contoh, Kiddo masukkan query 3x^5-5x^3+x+m ke dalam kotak carian dan result akan dipaparkan dalam masa kurang 1 saat. Query yang Kiddo masukkan ialah soalan matematik dan memerlukan penyelesaiaan yang panjang dan rumit.
Dengan Wolfram Alpha, soalan matematik tahap tinggi ataupun soalan2 berkaitan sains, kejuruteraan etc boleh diselesaikan dengan mudah. Ini kerana Wolfram Alpha boleh memaparkan jawapan kepada soalan yang korang masukkan beserta graph serta jalan kira, lengkap dalam masa beberapa saat sahaja.

3. TinEye – reverse image search

TinEye ialah enjin carian untuk mencari sumber asal bagi gambar yang telah diedit, seperti penambahan watermark, superimposed dan sebagainya. Ia juga berguna untuk korang mencari gambar asal yang dalam resolusi tinggi dan bukannya gambar yang telah di-cropped atau telah di-resize.
Sebagai contoh, Kiddo memasukkan gambar superimposed ini ke dalam tineye, dan tineye berjaya mencari gambar asal yang belum diedit, sungguh cool.

Jika korang ada idea mengenai search engine lain yang lebih cool, boleh bagitahu di ruangan komen ya!

place of visitor online:-